Sunday, 9 June 2013

Usrah 2013

Semalam rose pergi usrah kat masjid yang dianjurkan oleh pihak koko (penguusan Masjid), Terima kasih Farhana sebab sudi menjemput rose dan seisi keluarga rose dekat shah alam ni. Lama tak pergi majlis-majlis ilmu mcm ni, seronok sangat sebab banyak ilmu pengetahuan yang dapat. So semalam ustaz yang datnag adalah ustaz suki, tajuknya "perkahwinan semasa dan selepas belajar".
Memang selera budak universiti la kan. Selain tu, ada UNIC buat persembahan. suara UNIC memang sedap, lagi lagi melaungkan Qhasidah Yahanana.

Ustaz cakap semalam;
Perasaan ingin berkahwin tu adalah fitrah kita sebagai manusia, dan Allah cipta manusia berpasangan, perkahwinan itu adalah untuk mententeramkan manusia (sakinah). Yang paling penting sebelum kawin kita perlu ada ilmu, especially ilmu agama. Pilih pasangan yang berilmu, beriman, dan bertaqwa. Dalam sebuah perkahwinan tu keredhaan ibu bapa sangat penting. Mestilah tahu tugas atau tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.

"wahai pemuda jika kamu sudah berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah aku, jika tidak, berpuasalah kamu"







Ps/: baju ni daripada tajaan Forever 21. hehe. :)

No comments:

Post a Comment