Friday, 16 August 2013

Resipi Red velvet kek

So nak tahu macam mana nak buat Red velvet dengan mudah dan sedap :) Tengok resipi dekat bawah ni. Rose dapat resipi ni daripada kawan mak Rose. So mak sibuk nak suruh Rose buat . Ramai yang suka kek red velvet ni kan, so jum la cuba. Kat bawah ni model kek Rose dan juga pembantu Rose. hehe. Selamat mencuba! 


 Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan buttermilk 
  • cawan minyak jagung
  • 3 biji telur besar
  • 1 sudu kecil esen vanila 

Topping
  • 250g cream cheese 
  • 3 sudu besar cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula aising
  • 125g Butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
  • Apa itu buttermilk? Susah kalau nak cari dekat kedai, sebab kadang-kadang tak da, so kita boleh buat sendiri caranya; Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar  cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. 

  • Satukan bahan yang ditanda pinkke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Satukan bahan bertanda biru dalam mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukan telur satu persatu okay :)
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. 

Ps/: Kek cukup untuk 10 orang :) Rose tersilap bubuh pewarna pink, sebab tu kaler dia tak terang. You can always hias atas kek macam rose buat okay.

No comments:

Post a Comment