Monday 12 May 2014

Black & white Etiquette Dinner

Hello semua, sebabnya dah lama sangat tak update blog. Macam berbulan-bulan kan. Makin besar kita makin banyak kerja yang melimpah ruah yang harus dikerjakan. Maklumlah dah sem 5 dan juga sibuk dengan aktiviti kelab jadi penulisan di blog harus di tinggalkan sebentar. Entry kali ini nak cerita pasal etiquette dinner kami. Dinner kami ni bukan sebarang sambutan dinner. Bukan sesuka hati boleh pakai labuci. (kalau boleh dah lama pakai labuci dari kepala sampai ke kaki) sebab pakaian kami mestilah formal dan juga pakaian ke mahkamah. Make up sikit2 dengan sedikit hiasan tu boleh, sebab Etiquette dinner ni sebenarnya satu subjek yang semua budak undang-undang akan hadapi. Kami kena belajar macam mana nak pegang cawan, makan dengan betul dan juga cara duduk yang betul untuk masa depan nanti. Warna yang di benarkan pon hitam putih sahaja. Begitulah hidup kami yang kusam. hahaha. Semasa makan malam tu, Hakim mahkamah tinggi Shah Alam menjadi VVIP yang memerhatikan tindak tanduk seluruh batch kami. Jadi takda la peluang nak terkinja-kinja time makan tu. Waktu makan camera diharam kan, sebab tu gambar tengah makan takda, selepas selesai event baru lah boleh berlari-lari nak bergambar. Dinner kami buat dekat Intekma Resort Shah Alam. Event ni memang event yang ditunggu-tunggu oleh semua part 5. haha, sebab masing-masing boleh melaram ala-ala hakim, peguam segala. Jadi dah Malas nak tulis panjang-panjang tengok je lah gambar-gambar di bawah ye.











Sunday 13 April 2014

Book vs Food (Lambat Update)

Orang lain pergi kita pun nak juga. Hahaha. Jadi tercapai juga ke BBBS ni, tapi it was not my thing. Pening rose tengok buku banyak-banyak..I dont like reading, so I went there and bought Ainun's book (Ainun=adik pika), ala yang style pink-pink and lots of glitters. Tapi selepas beli buku tu, Kami berlima makan Satay Kajang. TERBAIK! memang sedap. sampai ke harini satay tu terasa lagi dalam mulut. Terima kasih Arip Che roos bawa kami makan. Lain kali bawa lagi. hehe







Journey

I've been so busy lately, travelling, studying, having fun and handling all sort of stuff. Tak sempat menyempat pon nak update blog. Sebabnya dah pon cuti, dan tengah free. Inilah masa yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan gumbira yang tercalit dalam hati. haha. Sebenarnya, minggu lepas banyak jalan je. Rose ke Pulau Pangkor, Perak atas urusan kerja, aktiviti ENLAC (Environmental Law Club). Basically, program ke Pulau Pangkor tu adalah Program KPO, tapi kita juga nak selitkan masa-masa untuk setiap perserta untuk berhibur. Memang seronok tapi ada juga benda-benda yang kurang mencapai matlamat kami, atas kekhilafan dari pihak kami juga. Tapi insyallah di masa hadapan semua akan bergerak lancar. Apa yang kitaorang buat kat pangkor, ada beberapa modul untuk para perserta sepanjang 3hari tu dan pelbagai permainan macam explorace, malam MasMona dan lain-lain lah. Tapi antara banyak-banyak benda yang seronok, Rose dapat experience naik Banana Boat (keciwi sikit sebab tak pernah naik), dapat snorkeling, shopping sotong kering dan melawat tempat-tempat menarik kat Pangkor. Yang utama, dapat berkenalan dengan Ajk-ajk baru ENLAC, spend masa dengan kawan -kawan dan tenangkan fikiran. 











Then, sebelum balik kedah Rose ada kelas trip ke Melaka. Best gila, sebab pergi dengan kawan-kawan yang sekepala. Penat berjalan, berpeluh sampai mandi. haha. Dah lama juga tak rasa best macam ni sebab selalu buat makan-makan je, tapi kali ni lain sikit, kitaorang sempat singgah rumah Kelas rap. Makan tengahari dulu then baru pusing-pusing Melaka.Makan asam pedas ikan pari. Akhirnya dapat juga minum Coconut Shake Ori Punya! Sebelum ni dengar orang cerita ni dapat rasa sendiri. Kami sempat ke Mini Malaysia, ha dekat situ jumpa AWIE dengan Dato Razali! tapi tak tangkap gambar sebab diaorang tengah shooting cerita Erma Fatima. Kalau tak shooting dah lama juga terkinja-kinja tangkap gambar. Dekat situ juga kami tengok persembahan tarian zapin, siap menari atas pentas. Selepas melawat rumah-rumah tradisional di situ kami kami ke bandar melaka, naik beca, pergi Afamosa, Jangke Walk, naik river cruise. Sebelum balik singgah seremban sekejap hantar kawan. Dalam pukul 2.30 sampai shah alam. Tu first time bawa kereta jauh tengah malam. Sebelum ni drive dari kedah ke shah alam siang je. So ni pecah rekod la, pukul 2 tak tidur lagi. haha.












Keesokannya pulak sebelum memandu pulang ke Jitra, sempat singgah sabak bernam, hantar si Dayah balik rumah. Tapi sempat makan mentarang bakar. Wooooo sedap. dan bergambar dekat sawah padi. (macam kat kedah takda pulak) So the End. Sekarang duduk seronok bercuti di kedah sampai hari khamis then balik ke shah alam balik. hehe. Anyways, selamat bercuti semua.






Saturday 8 March 2014

Hai new semester 2014

Dah masuk semester baru, semuanya nak baru kan. haha. Dah pun masuk semester lima, which is the final year for BLS in law school days. So inilah dia my room for this semester and my study table, a little bit of where all the action happens. We have a new member of the house which is Azreen as she is filling up for dayah and Azira's spot. I did not manage to update about my intership days in Omayah, Nawal & Partners. I'll update about that when I have time (taking my own sweet time). Currently busy with the new classes and some major house issues. So, here's the sneak peak of my space in my place in shah Alam. Tomorrow will be a fun day, going to Jalan Tar and buy me some expensive law books and have a movie day out with my apple family, bringing along my to be fiance'. haha. anyways, life is just getting better for me :)

Got to go, need my beauty sleep



Thursday 20 February 2014

A holiday to Jakarta

Lambat sikit update entry pergi ke Jakarta. Orang lain semunya berkerja keras, menitis peluh keringat mengerjakan tugasan internship, manakala Rose sibuk bercuti. haha. Rose pergi tak lama pun, seminggu sahaja ke seberang. Jakarta. Ni kali pertama Rose ke Jakarta, sebelum ni pernah pergi Acheh je. So, sebelum Rose mula cerita pengalaman Rose di sana, kena lah introduce sikit Jakarta tu di mana kan?


Jakarta is basically located on the northwest coast of Java, indonesia which is (Jawa), Jakarta is the country's economic, cultural and political centre, and with a population of 19,634,837 as of November 2011, it is the  populous city in Indonesia and in Southeast Asia, and is the thirteenth most populated city in the world. - Terima kasih MR GOOGLE

Jadi dah tau sedikit sebanyak pasal Jakarta kan, so Rose dan family sampai Jakarta Airport, pagi Rabu yang lepas, Dari airport ke hotel dalam 30minit juga, tapi kalau tak jam lah, kalau jam sejam. Bak kata Pak Rudy (which is the taxi driver) "Macitnya macam Gila ini". Kami stay di Ibis Acardia Hotel, boleh dikatakan tengah bandar. Depan hotel jalan raya, suasana di situ hampir2 sama macam kesibukan di Kuala Lumpur. Dari segi kebersihan, ada tempat yang bersih dan ada banyak tempat yang kotor. Tapi way much better than Cambodia. Jam di Jakarta lewat sejam waktu kita. 





Jadi hari pertama sampai, dah start shopping dan food hunt, tempat pertama yang kami pergi ialah Tanah Abang. Tanah Abang is basically the heaven of kain ela. Segala mak nenek kain boleh dapat situ. Untuk pengetahuan korang Tanah abang ada 19 tingkat. Klau satu hari nak pusing memang maaflah takan sempat. Start beroperasi dari pukul 5am- 5pm. Tapi rasanya specialties Tanah Abang adalah kain Lace. Kain lace untuk penganti sangat lah cantik. Rambang mata masuk sana. Rose ada beli 4 helai kain kat sana untuk raya, jadi nantikan baju raya tahun ni, haha. teaser sikit. Tanah abang juga tak terhad, bukan setakat kain ela, baju tidur, confeter, selimut, baju tidur, barang hello kitty, curtain, sejadah telekung. Banyak la lagi, boleh borong disana. keselesaan untuk membeli belah tu kurang sebab takda aircond jadi stuffy sikit dan memang akan berpeluh, tapi untuk orang yang macm rose, I don't mind janji dapat kain best punya. Lepas habis bergonjeng kat sana, kami makan nasi padang, ni yang real punya nasi padang. Nama kedai Garuda Nasi Padang, memang dekat dengan hotel kami, harga agak expensive juga. tapi sedap. Kalau pergi sana it's a must! then balik ke hotel tidur kena awal, esok nak sambung aktiviti pulak.






Second day, kitaorang pergi sarinah Mall, Sarinah mall ni mall kecil yang berada walking distance di hotel, sebab berjalan kaki, kami sempat lah tengok-tengok kawasan, macam mana orang-orang di Jakarta. Gerai-geri bakso di tepi jalan macam dalam tv. Rose juga berkesempatan beli kuih muih tradisional indonesia, dengan berharga 5000 rupiah, sama dengan hampir dua ringgit malaysia. Di sarinah Mall, kita orang makan di satu kedai ni, lupa pulak nama, tapi memang tiptop makanan dia! rose order Nasi goreng komplit Indonesia dengan ayam penyet bakar. Memang sedap hingga menjilat jari :) bina badan ja duduk di sana. Nasi goreng sana banyak, semua lauk ada dalam tu. Yan tak berhenti makan, selang dua jam makan. 







The third day, paling best! kitaorang naik tut-tut (taxi motor) ke Tamthrin City (kawasan), Tamthrin city ni barang-barang mahal sikit, dia boleh di katakan tempat elit. Kat situ jual the finest kain batik untuk laki dan perempuan. Mak shopping sakan, Rose dengan dina semapat berkunjung-kunjungan sepanjang tamthrin city. Tempat ni bersih, shopping mall disitu pon bersih dan kemas, tempat nak makan angin pon best. Lepas mak borong baju batik, kami teruskan perjalanan ke Grand Indonesia, ini antara shopping mall yang terbesar di jakarta. Macam midvalley kita, semua ada. Tapi tak ramai yang ada di mall. Perbezaan yang ketara nampak di kawasan mcm ni, kalau di tanah abang orangnya kulit gelap-gelap nampak kampungan sikit, kalau di grang indonesia, semuanya mcm artis. Abang tolak trolley hensem macam randy. Muka mcm Irwan shah tu bersepah. memang sedaplah mata tu cari dosa kan, hahha. dah pusing-pusing mall cari mainan yan, beli handbag, purse rose (tumpang sekaki) kami baliklah, cari makan lagi. Kali ni kami bertukar selera dan beli makanan di tepi jalan, try mcm mana rasa makanan harian rakyat jakarta makan. Macam2 ada, bakso ada, ayam penyet ada, pecel lele ada, sup igo ada. Ada satujenis makanan ni yang rose dan dina tergelak gelak bila terbaca kat papan gerai which is "PUKIS" , ia sejenis makanan ye. takda maksud yang tersembunyi. Dah ada makanan nama macam tu, kami pun buat ayat, "AKUNYA BUTUHKAN PUKIS" hahahha. Mak kata sekali lagi sebut mak cili dengan sambal ayam penyet. Perkataan2 tu hanya boleh disebut di sana, bukan di malaysia.


Hari keempat, sekali lagi kami kuatkan semagat jejak ke tanah abang, sebab ada orang pesan barang. Tapi kali ni, kami makan food court situ. Itu memang terbaik! makanan heaven, best :) tengok gambar je lah kan.




Hari kelima hari last kami di Jakarta, awal pagi dah siap sedia pulang ke malaysia. Kalau diberi peluang, nak je pergi lagi ke jakarta. sebab makanan awesome dan bnyak lagi tempat kami tak sempat pergi, nak pergi Ancol, tengok tugu Monas. Hoping there will be a next time. Holiday yang best, tapi lagi best kalau abah dan kaklong ada.

Ps/: gambar ada banyak lagi dekat dina :)