I've been so busy lately, travelling, studying, having fun and handling all sort of stuff. Tak sempat menyempat pon nak update blog. Sebabnya dah pon cuti, dan tengah free. Inilah masa yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan gumbira yang tercalit dalam hati. haha. Sebenarnya, minggu lepas banyak jalan je. Rose ke Pulau Pangkor, Perak atas urusan kerja, aktiviti ENLAC (Environmental Law Club). Basically, program ke Pulau Pangkor tu adalah Program KPO, tapi kita juga nak selitkan masa-masa untuk setiap perserta untuk berhibur. Memang seronok tapi ada juga benda-benda yang kurang mencapai matlamat kami, atas kekhilafan dari pihak kami juga. Tapi insyallah di masa hadapan semua akan bergerak lancar. Apa yang kitaorang buat kat pangkor, ada beberapa modul untuk para perserta sepanjang 3hari tu dan pelbagai permainan macam explorace, malam MasMona dan lain-lain lah. Tapi antara banyak-banyak benda yang seronok, Rose dapat experience naik Banana Boat (keciwi sikit sebab tak pernah naik), dapat snorkeling, shopping sotong kering dan melawat tempat-tempat menarik kat Pangkor. Yang utama, dapat berkenalan dengan Ajk-ajk baru ENLAC, spend masa dengan kawan -kawan dan tenangkan fikiran.
Then, sebelum balik kedah Rose ada kelas trip ke Melaka. Best gila, sebab pergi dengan kawan-kawan yang sekepala. Penat berjalan, berpeluh sampai mandi. haha. Dah lama juga tak rasa best macam ni sebab selalu buat makan-makan je, tapi kali ni lain sikit, kitaorang sempat singgah rumah Kelas rap. Makan tengahari dulu then baru pusing-pusing Melaka.Makan asam pedas ikan pari. Akhirnya dapat juga minum Coconut Shake Ori Punya! Sebelum ni dengar orang cerita ni dapat rasa sendiri. Kami sempat ke Mini Malaysia, ha dekat situ jumpa AWIE dengan Dato Razali! tapi tak tangkap gambar sebab diaorang tengah shooting cerita Erma Fatima. Kalau tak shooting dah lama juga terkinja-kinja tangkap gambar. Dekat situ juga kami tengok persembahan tarian zapin, siap menari atas pentas. Selepas melawat rumah-rumah tradisional di situ kami kami ke bandar melaka, naik beca, pergi Afamosa, Jangke Walk, naik river cruise. Sebelum balik singgah seremban sekejap hantar kawan. Dalam pukul 2.30 sampai shah alam. Tu first time bawa kereta jauh tengah malam. Sebelum ni drive dari kedah ke shah alam siang je. So ni pecah rekod la, pukul 2 tak tidur lagi. haha.
Keesokannya pulak sebelum memandu pulang ke Jitra, sempat singgah sabak bernam, hantar si Dayah balik rumah. Tapi sempat makan mentarang bakar. Wooooo sedap. dan bergambar dekat sawah padi. (macam kat kedah takda pulak) So the End. Sekarang duduk seronok bercuti di kedah sampai hari khamis then balik ke shah alam balik. hehe. Anyways, selamat bercuti semua.
No comments:
Post a Comment