Hello semua, sebabnya dah lama sangat tak update blog. Macam berbulan-bulan kan. Makin besar kita makin banyak kerja yang melimpah ruah yang harus dikerjakan. Maklumlah dah sem 5 dan juga sibuk dengan aktiviti kelab jadi penulisan di blog harus di tinggalkan sebentar. Entry kali ini nak cerita pasal etiquette dinner kami. Dinner kami ni bukan sebarang sambutan dinner. Bukan sesuka hati boleh pakai labuci. (kalau boleh dah lama pakai labuci dari kepala sampai ke kaki) sebab pakaian kami mestilah formal dan juga pakaian ke mahkamah. Make up sikit2 dengan sedikit hiasan tu boleh, sebab Etiquette dinner ni sebenarnya satu subjek yang semua budak undang-undang akan hadapi. Kami kena belajar macam mana nak pegang cawan, makan dengan betul dan juga cara duduk yang betul untuk masa depan nanti. Warna yang di benarkan pon hitam putih sahaja. Begitulah hidup kami yang kusam. hahaha. Semasa makan malam tu, Hakim mahkamah tinggi Shah Alam menjadi VVIP yang memerhatikan tindak tanduk seluruh batch kami. Jadi takda la peluang nak terkinja-kinja time makan tu. Waktu makan camera diharam kan, sebab tu gambar tengah makan takda, selepas selesai event baru lah boleh berlari-lari nak bergambar. Dinner kami buat dekat Intekma Resort Shah Alam. Event ni memang event yang ditunggu-tunggu oleh semua part 5. haha, sebab masing-masing boleh melaram ala-ala hakim, peguam segala. Jadi dah Malas nak tulis panjang-panjang tengok je lah gambar-gambar di bawah ye.
No comments:
Post a Comment